Dua warga asing pinjam MyKad rakan untuk bekerja

Kuala Lumpur, Apr.
Tindakan dua lelaki warga asing menggunakan kad pengenalan milik individu lain terbongkar selepas diberkas dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Alam Damai dekat sini pada Rabu.

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi kenyataan memaklumkan, dua individu yang ditahan merupakan lelaki warga Indonesia dan Filipina.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua suspek ditahan menerusi operasi yang dijalankan berdasarkan hasil risikan dan pemantauan selama dua minggu.

“Suspek yang ditahan masing-masing berumur 21 dan 23 tahun,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, siasatan dijalankan mendapati kad pengenalan berkenaan diperoleh daripada kenalan kedua suspek terbabit.

“Kad pengenalan berkenaan dipercayai dipinjam daripada salah seorang kenalan bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan tanpa sebarang bayaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here