Pak Lah dirawat di IJN, kata KJ

Kuala Lumpur, Apr.
Khairy Jamaluddin memaklumkan bapa mentuanya yang juga bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Khairy berkata Abdullah yang mesra dipanggil Pak Lah dimasukkan ke IJN sejak petang semalam akibat “small spontaneous pneumothorax” atau kekurangan oksigen dalam badan.“

Beliau berada dalam keadaan yang stabil dan mash berada di CCU IJN sekarang ini untuk pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya,” katanya dalam catatan di IG Story Instagram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here