Kuala Lumpur, Nov-
Tahap integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara berkenaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Justeru, beliau berkata terdapat keperluan untuk satu perubahan drastik terhadap budaya kerja dan tahap integriti dalam diri warga PDRM agar pasukan keselamatan itu kekal relevan dan dihormati oleh masyarakat.
“Kewibawaan dan imej PDRM tercalar dengan penangkapan segelintir warga PDRM atas kesalahan seperti dadah, jenayah dan salah guna kuasa malah saya dimaklumkan pada 2023, terdapat penglibatan 22 pegawai PDRM sebagai suspek kes jenayah komersial.
Lebih membimbangkan, penglibatan pegawai PDRM dalam kes jenayah komersial meningkat kepada 23 orang pada Januari hingga September 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara bagi November 2024 anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman di sini, hari ini.
























