Jangan cakap soal perpaduan hanya bila perlukan kami, kata Pemuda MCA

Kuala Lumpur, Apr.
Seorang pemimpin sayap MCA membidas Ketua Pemuda PKR, Adam Adli yang meminta parti komponen Barisan Nasional itu tidak mengganggu dan mencemarkan imej calon DAP, Pang Sock Tao dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong mengingatkan Adam supaya tidak bercakap soal perpaduan hanya ketika Pakatan Harapan memerlukannya pada PRK dan PRN, sedangkan ada parti dalam kerajaan perpaduan yang dilayan secara tidak ikhlas.

“Sekiranya mereka ikhlas, pastinya sudah wujud pelbagai usaha dan langkah untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kerjasama di antara parti komponen di semua peringkat sejak terbentuknya kerajaan perpaduan ini selepas PRU15.

“Namun, perkara ini tidak berlaku, malah sering ada pihak yang melakukan provokasi sesama sendiri,” katanya dalam kenyataan.Presiden MCA, Wee Ka Siong sebelum ini mengulangi pendirian partinya tidak akan membantu DAP berkempen pada pilihan raya akan datang.

Neow berkata, sekiranya ada usaha memperbaiki hubungan antara parti dalam kerajaan perpaduan, ia sepatutnya dilakukan sebelum atau selepas PRK Kuala Kubu Baharu.

“Sekarang bukan masa sesuai untuk berbincang mengenai perkara ini. Seeloknya pihak terlibat tumpukan sepenuh perhatian terhadap kempen kali ini dan bukannya terhadap pendirian MCA. Banyak lagi isu-isu berkepentingan rakyat dan negara yang perlu diterangkan kepada penduduk KKB.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here