Tiada tempat untuk Tamil dalam pusat perniagaan!

Cameron Highland, Apr-
Penasihat Parti DAP Negeri Pahang Simmathiri Appalasamy, Cameron Highland mengutuk keras tiada tempat untuk bahasa Tamil dalam perkarangan perniagaan.

Ketika bertanya kepada pekerja sebuah kedai pasar mini di Cameron Highland bahawa tiada tempat untuk bahasa Tamil dalam notis yang diletakkan mengenai cuti yang akan diberikan sempena Hari Pekerja pada 1 Mei ini, mereka jawab, merekahanya ikut arahan apa yang diberikan oleh pihak pengurusan.

Simmathiri berkata bahawa dia melakukan ini untuk tujuan memberi tempat yang sewajarnya untuk bahasa Tamil.

Bercakap dengan pihak pengurusan yang cuba melupuskannya, Simmathiri turut mempersoalkan mengapa pelanggan India tidak perlukah memberi ruang kepada Tamil semasa pihak berkenaan membeli produk di kedai mereka? Beliau memberitahu sedemikian kepada Harian Makkal Osai.

Seterusnya beliau juga menulis nota dalam bahasa Tamil sendiri dan melekatkannya di kawasan pasar mini tersebut. Pekerja – pekeja dari kedai itu datang mendekatinya dengan marah. Tetapi Simmathiri berkata dia tak takut pada mereka dan beri penjelasan kepada mereka, jika kad notis Tamil dikeluarkan, dia akan menghebohkan perkara itu melalui media sosial dan saluran berita.

Beliau mengesa semua pertubuhan perniagaan, terutamanya yang mempunyai ramai pelanggan India, harus memberi ruang yang sewajarnya kepada bahasa Tamil dalam pengumuman dan papan kenyataan mereka.

Beliau menerangkan bahawa harus diberi perhatian kejadian seperti itu yang berlaku di seluruh negara, terutamanya di beberapa restoran India sendiri.

Malah di kedai pakaian, kedai runcit dan lain-lain yang sering kunjungi pelangan India, kita melihat bahawa tidak ada tempat langsung untuk bahasa Tamil.

Jika kita tidak mahu perkara sebegini tidak ulangi lagi, kita harus terus turun padang dan berusaha untuk bertanya soalan dan menulis dalam bahasa Tamil untuk membantu jika diperlukan.

Beliau meminta syarikat yang dikendalikan oleh orang India harus bertindak sebagai model dan kita harus memastikan bahawa bahasa Tamil harus tonjol dalam semua papan kedai perniagaan yang menjalankan perniagaan dengan orang India.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here