2 beradik rentung dalam bilik tidur

Dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru, hari ini. Mereka yang terbunuh, Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan adik perempuannya, Nurul Hawa Zafira, 2, selepas rumah mereka musnah, dalam kebakaran pada 1.14 petang.

Komander Operasi Bomba Tebrau Mohd Ridzuan Malek Rivan, berkata seramai 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kejadian itu. Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal dan mengakibatkan kemusnahan 60% daripada keseluruhan rumah. Terdapat dua mangsa telah ditemui rentung di bilik tidur.

Kerja-kerja pemadaman telah dilakukan oleh orang awam menggunakan air paip. Tindakan operasi pemadaman susulan dilakukan pihak bomba sehingga keadaan terkawal, pada 2.20 petang, katanya menurut Kosmo. Jenazah dua beradik itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru di sini untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here