Azmin keluar parti PKR bersama 10 ahli

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak, dan 10 anggota PKR, yang juga Ahli Parlimen, mengistiharkan keluar parti Keadilan Rakyat hari ini.

Sepuluh anggota lain yang keluar ialah Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Ja’afar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

“Kami, Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengisytiharkan keluar daripada Keadilan dan muafakat Pakatan Harapan, bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen,” menurut suatu  kenyataan  hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here