Kes simbah asid Faisal Halim – Suspek ditahan

Kuala Lumpur, Mei.
Seorang lelaki ditahan disyaki terbabit dalam kes simbahan asid ke arah bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan Faisal Halim di sebuah pusat beli belah di Damansara, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 20-an dan akan mendapatkan perintah reman hari ini.

“Kita telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal). Kita akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih dalam siasatan'” katanya ketika dihubungi. Terdahulu media melaporkan, Faisal Halim diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here