Kenal pasti penjawat awam rosakkan nama baik jabatan – PM

Putrajaya, Mei.
Ketua jabatan diarahkan untuk mengenal pasti pegawai dan kakitangan yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka yang didapati malas, cuai dan tidak hadir kerja, tidak boleh menerima layanan yang sama, termasuk mendapat kenaikan gaji.

“Ada yang pertikai, kalau di sekolah, mungkin lebih 90 peratus guru menjalankan tanggungjawab, (namun) ada guru yang cuai, ada yang kadang-kadang tak hadir.

“Begitu juga masalah di jabatan, ada golongan kecil rasuah, tidak datang kerja dan pelbagai masalah.

“Kita tidak akan beri layanan yang sama, jadi sementara kita berikan satu anjakan radikal dari segi pengiktirafan dan habuan kepada penjawat awam, saya minta saudara untuk mengawal sendiri jabatan, kenal pasti orang yang merosakkan nama baik penjawat awam,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here