George Town, Mei.
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut dipercayai dibunuh, manakala ibunya cedera dalam kejadian samun bersenjatakan parang, di Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam, semalam.
Ketua Polis Seberang Perai Tengah Helmi Aris berkata mangsa yang bisu ditemukan bapanya dalam keadaan tangan dan kaki diikat, selain mulut disumbat kain.
Katanya, bapa mangsa yang tidur di bilik berasingan di rumah dua tingkat itu menyedari situasi sama berlaku terhadap isterinya berusia 70-an, kira-kira 6.30 pagi, lalu lelaki itu mengesyaki rumahnya disamun berdasarkan keadaan berselerak.
“Pengadu kemudian membuat pemeriksaan di bilik anaknya berusia 40-an yang si mati berada di lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri.“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bukit Mertajam di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Helmi berkata, siasatan lanjut mendapati dua suspek lelaki bersenjatakan parang telah masuk ke rumah mangsa berusia 80-an, lalu mengeledah dan mengambil wang tunai dan sebuah televisyen.
“Ekoran kejadian tersebut, polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 40-an bagi membantu siasatan,” katanya.