MPV terbabas parit 3 maut di Johor

Kuala Lumpur, Mei-
Tiga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas di KM5 Jalan Skudai di Johor Bahru.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Haizrul Rahmad berkata, sebuah Toyota Vellfire terbabas ke parit sedalam kira-kira 2m di depan sebuah hotel pada 7.20 pagi tadi. “Terdapat tiga mangsa terperangkap dalam kenderaan. Pihak bomba mengeluarkan semua mangsa menggunakan tali dan ‘stretcher’,” katanya .

Menurutnya, seorang lelaki dan dua wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Beliau berkata, 12 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, semua mayat diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada 8.40 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here