4 gajah ditemui mati disyaki diracun

Kluang, Mei-
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) akan melakukan bedah siasat terhadap bangkai empat gajah yang dipercayai mati diracun dalam kejadian di Kampung Sri Timor dekat Kahang, di sini.

Pengarah PERHILITAN Johor, Aminuddin Amin, berkata bedah siasat itu penting bagi menyiasat punca kematian empat gajah berkenaan.

Katanya, pihaknya juga sedang memantau di kawasan kebun di kampung itu bagi memastikan bangkai gajah itu tidak diganggu atau dialihkan.

“PERHILITAN Johor masih buat siasatan dan akan adakan bedah siasat terhadap empat bangkai gajah berkenaan hari ini.”Keputusan bedah siasat termasuk ujian kimia dijangka mengambil masa dua hingga tiga minggu.

“Namun, setakat ini, kami tidak dapat mengesahkan empat gaji ini mati akibat diracun.

“PERHILITAN Johor ingin menasihatkan orang ramai jangan mengambil tindakan sendiri. Ini kerana gajah boleh mengamuk dan naik minyak jika termakan benda memudaratkan mereka dan ia sangat berbahaya kepada penduduk sekitar,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 33 saat yang memaparkan bangkai empat gajah berkenaan yang didakwa mati akibat diracun, tular di media sosial sehingga menyebabkan kemarahan ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here