Ramai wanita belum daftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO

Kota Bharu, Nov 8.
Masih ramai wanita tidak mendaftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO, kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Sehingga Oktober ini, beliau berkata, seramai 197,000 wanita yang berdaftar di bawah skim itu dengan kira-kira 30,000 berdaftar secara sendiri dan selebihnya iaitu 166,000 di bawah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

“Jumlah ini menunjukkan bahawa belum ada kesedaran tinggi dalam kalangan wanita untuk mendaftar.

“Justeru, kita berharap lebih ramai wanita mengambil peluang membuat pendaftaran sama ada menerusi dalam talian atau datang ke pejabat PERKESO.

“Mereka yang berdaftar menerusi skim ini akan mendapat pelbagai faedah antaranya perubatan, perlindungan domestik termasuk yang berlaku di dalam rumah, beli barang dapur dan hantar anak ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia peringkat Kelantan di sini, hari ini. Hadir sama, Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here