Imigresen serbu rumah kongsi cekup 29 warga asing

Ipoh, Jun-
Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 29 warga asing dan seorang warga tempatan dalam serbuan dua lokasi melibatkan rumah kongsi dan bengkel kenderaan di sekitar Bandar raya Ipoh di sini pada Khamis.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, operasi yang turut melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu disertai seramai 56 orang pegawai.

Menurutnya, dalam operasi penguatkuasaan selama kira-kira 16 jam yang bermula jam 10 pagi itu, seramai 100 individu diperiksa.

“Serbuan dibuat berdasarkan aduan dan hasil pemantauan serta risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi Jabatan Imigresen Negeri Perak di semua premis rumah kongsi dan bengkel kenderaan tersebut.

“Daripada 100 individu yang diperiksa, seramai 29 orang warga asing dan seorang warga tempatan telah ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Meor Hezbullah berkata, antara kesalahan yang dilakukan ialah masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah, telah tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas sah yang dikeluarkan serta kesalahan melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here