Tukang kebun didenda RM2,500 kerana seret anjing guna motosikal!

Kulim, Jun-
Mahkamah Majistret Kulim hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500 terhadap seorang tukang kebun selepas mengaku salah melakukan khianat terhadap seekor anjing.

Majistret Jamaliah Abd Manaf menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh Md Yusof Majid, 66, selepas mengaku salah melakukan khianat terhadap seekor anjing dengan cara mengikat haiwan tersebut di bahagian kaki dan mengheret menggunakan motosikal.

Mengikut pertuduhan tertuduh melakukan perbuatan itu pada jam lebih kurang 7.30 pagi di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung di sini, 9 Jun lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, video berdurasi dua minit 13 saat tular di media sosial memaparkan kejadian di mana seorang lelaki dipercayai mengheret seekor anjing sehingga ke luar kawasan sekolah menyebabkan berlaku kecederaan ke atas haiwan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here