Suntik Vaksin Setahun Sekali, Elak Wabak Influenza Berulang – Doktor

KUALA LUMPUR –
Pengambilan suntikan influenza sekali dalam tempoh setahun boleh mewujudkan ‘imuniti kelompok’ dalam kalangan masyarakat dan terlindung daripada sesuatu virus.
Residen Perubatan Klinik As-Salam Dr Hanisah Akbar Tajudin berkata bagaimanapun bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur enam bulan hingga lapan tahun, mereka digalakkan disuntik vaksin dua kali setahun.

Beliau berkata pengambilan vaksin itu adalah langkah terbaik bagi memastikan penularan wabak influenza tidak berulang pada masa hadapan.

“Sekiranya lebih ramai mengambil suntikan perlindungan itu, maka ia dapat mewujudkan ‘imuniti kelompok’ iaitu satu komuniti yang mempunyai imuniti dan terlindung daripada sesuatu virus.

Sejak awal tahun ini, wabak influenza menjangkiti orang ramai terutama pelajar sekolah di beberapa negeri sehingga menyebabkan ada kelas dan sekolah yang baru memulakan sesi persekolahan tahun baharu, diarahkan tutup.

Dr Hanisah berkata suntikan vaksin mampu mengurangkan 70 peratus risiko daripada dijangkiti virus itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here