Jerman benar warga emas terima vaksin

Jerman mengubah pendiriannya mengenai vaksin Oxford-AstraZeneca dengan membolehkan warga emas melebihi 65 tahun menerima vaksin tersebut, kata Canselor Angela Merkel.

Sebelum ini Jerman meluluskannya penggunaan vaksin itu bagi penerima di bawah usia 65 tahun sahaja, dengan alasan data tidak mencukupi memberi berkesan kepada orang tua.

Itu menimbulkan keraguan masyarakat tentang keberkesanannya dengan beberapa orang Jerman menolaknya, menyebabkan banyak dos tidak digunakan.

Tetapi hari ini, Merkel mengatakan kajian baru-baru ini kini telah memberikan cukup data untuk vaksin tersebut digunakan untuk semua peringkat usia.

Pelbagai kajian menunjukkan vaksin AstraZeneca sangat berkesan dalam kalangan orang tua.

Belgium berkata, negara ini juga akan meluluskan vaksin tersebut untuk warga emas seperti Perancis.

Setakat ini 5% warga Jerman telah menerima suntikan pertama vaksin berkenaan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here