Remaja tiada lesen pandu Mercedes

Shah Alam,Jun-
‘Lagak’ pandu Mercedes A250 untuk hadiri ujian memandu di sebuah institut di sini, mengundang padah selepas ditahan gara-gara tiada lesen, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, remaja berusia 18 tahun itu hadir ke institut memandu untuk ujian lesen.

Kata Azrin, bagaimanapun, Unit Peronda Bermotosikal (UPB) JPJ Negeri Selangor yang sedang melaksanakan Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) telah menahan kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu tidak memiliki lesen memandu dan semasa ditahan, dia hendak menghadiri ujian memandu di sebuah institut memandu. “Saman telah dikeluarkan serta kenderaan juga telah disita dan dibawa balik ke JPJ Shah Alam untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, soal siasat awal remaja itu mendakwa dia diminta bapanya untuk hadir sendiri ke institut memandu terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here