9 rumah terbakar, 26 mangsa ditempatkan di PPS

Taiping, Jun-
Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Jana Sambungan di sini bagi menempatkan 26 mangsa kebakaran di Kampung Baru, Kamunting, di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata PPS berkenaan dibuka pada jam 4.44 petang tadi bagi menempatkan enam keluarga.

Menurutnya dalam kejadian yang diterima pada jam 2.50 petang itu lapan rumah kelas B hangus terbakar 95 peratus manakala sebuah rumah kelas A mengalami kebakaran hanya tiga peratus.

“Pihak bomba menganggarkan keluasan rumah yang terbakar kira-kira 145 kaki X 80 kaki dan tidak melibatkan mangsa.

“22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, Taiping, Batu Kurau dan Bagan Serai dikejarkan ke lokasi bagi membantu kebakaran.

“Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.57 petang,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here