Presiden Honduras membantu seludup kokain ke Amerika

Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez, membantu menyeludup bertan-tan dadah jenis kokain ke Amerika Syarikat (AS), menurut seorang pendakwa raya AS kelmarin pada satu perbi-caraan tertuduh pengedar dadah.

Defendan, Geovanny Fuentes, memberi rasuah kepada presiden dengan nilai AS$25,000 secara tunai dan ini menjadikan Fuentes “tidak dapat disentuh,” kata pendakwa raya Jacob Gutwillig pada hujah pembukaan di perbicaraan per-sekutuan New York.

Presiden, kata pendakwa raya, “menjadikan defendan kalis peluru.”

Fuentes membayar wang kepada Hernandez semasa pertemuan pada 2013 dan 2014, kata pendakwa raya. Hernandez, yang menafikan semua tuduhan terhadapnya, memegang kuasa sejak Ja-nuari 2014.

Akauntan Jose Sanchez, yang berada pada pertemuan itu, akan memberitahu juri “kejutan, kebimbangan yang dia rasa apabila melihat defendan duduk bersama presiden,” kata Gutwillig.

Sanchez bekerja di syarikat menanam padi yang menjadi tempat defendan melakukan pengubahan wang haram, kata pendakwa raya.

Saksi ini akan memberitahu juri bahawa presiden memberitahu Fuentes “mereka akan mengangkut begitu banyak kokain ke AS di mana mereka akan menyumbatnya ke dalam hidung penagih dadah,” kata Guwilling.

Peguam bela, Eylan Schulman, cuba mengetepikan kesahihan dakwaan saksi itu.

“Hanya AS$25,000 dikata-kan kos untuk merasuah presiden?” soal Schulman.

Sanchez, kata Schulman, “mendapat banyak kelebihan dan tiada pilihan. Dia mempunyai permohonan suaka dengan jabatan imigresen.”

Pasukan pembelaan juga memberitahu juri bahawa ia tidak boleh percaya ketera-ngan diberikan oleh “salah seorang pembunuh paling kejam… Leonel Rivera”, bekas pemimpin kartel dadah Honduras, Los Cachiros, yang membunuh 78 orang, cuba membunuh 15  yang lain dan sedang dipenjara di AS kerana mengedar dadah.

“Kerajaan (AS) bersetuju untuk membuat  perjanjian dengan syaitan ini… dia seharusnya tidak boleh dipercayai,” kata Schulman.

Pendakwa raya AS meng-anggap Hernandez sebagai rakan subahat Fuentes dalam menyeludup bertan-tan ko-kain ke AS tetapi mereka belum mengemukakan dakwaan terhadapnya.

Adik presiden, Tony Hernandez, disabitkan kerana mengedar dadah dalam perbicaraan di New York pada 2019.

Penghakiman kes tertangguh beberapa kali dan sekarang dijadualkan pada 23 Mac. Tony mungkin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Pendakwa raya berkata, Tony adalah orang tengah antara Fuentes dan presiden itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here