Pesawat MAS mendarat cemas di Hyderabad

Kuala Lumpur, Jun-
Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 100 penumpang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Hyderabad di India selepas mengalami masalah teknikal pada enjin.

Times of India yang memetik pegawai lapangan terbang Hyderabad sebagai berkata pesawat penerbangan MH199 berlepas pada 12.45 pagi tadi tetapi terpaksa berpatah balik untuk melakukan pendaratan cemas.

Difahamkan, pesawat itu mengalami masalah enjin yang menyebabkan berlakunya percikan api.-FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here