Kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran kilang getah sintetik

Sungai Petani, Seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran di sebuah kilang pembuatan getah sintetik di Kawasan Perindustrian Bakar Arang di sini kira-kira jam 4.11 pagi Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Misha Kasih, 11, warganegara Indonesia merupakan anak angkat majikan dikatakan sedang tidur di salah sebuah bilik di tingkat atas premis berkenaan ketika kejadian. Turut bermalam di beberapa bilik dalam kilang sama, lima ahli keluarga majikan dan dua pekerja termasuk seorang warganegara Bangladesh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here