Ribut petir di Kedah, Johor bermula 12 tengah hari ini

Kuala Lumpur, Jun-
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Langkawi (Kedah), Tangkak, Muar, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor) serta Melaka, bermula jam 12 tengah hari ini.

Amaran itu turut dikeluarkan di kawasan perairan negara iaitu di Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer/sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sementara itu, untuk aktiviti perkapalan pula, angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, utara Condore, utara Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga 25 Jun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here