Tindakan DAP pasang tulisan Cina di papan tanda jalan di Kuching biadab

KUCHING:

Tindakan ultra kiasu menampal nama jalan dalam bahasa Cina ke atas papan tanda jalan sedia ada dalam bahasa Melayu, adalah suatu tindakan yang sangat kurang ajar dan biadab.

“Tanpa kebenaran PBT, ultra kiasu sengaja mencabar kedaulatan negara. Atas dasar apa nama jalan perlu kepada bahasa Cina,” kata penganaslisis politik Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam satu kenyataan.

“Jadi, apa alasan untuk bahasa ultra kiasu ini didaulatkan. Tidak ada alasan dan munasabah langsung. Bahasa bumiputera jauh lebih layak berbanding bahasa Cina,” katanya merujuk kepada tindakan Pemuda DAP memasang askara Cina di beberapa papan tanda jalan di bandar raya ini Khamis lalu.

Tindakan DAP itu mendapat kecaman dan kritikan pelbagai pihak di negeri ini dan juga nasional kerana ia disifatkan sebagai perbuatan laku musnah dan tidak mempedulikan undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan.

Malah, ia disifatkan tidak menghormati bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Ujar Dr Ridhuan yang terkenal dengan komen kontroversi, cukuplah dengan toleransi bumiputera dan Melayu dengan memberikan kebenaran mendirikan Sekolah Jenis Kebangsaan meskipun bertentangan dengan Perlembagaan.

“Tidak cukup dengan itu. Sekolah Persendirian yang mengeluarkan sijil UEC, sudah diiktiraf di beberapa negeri, termasuk Sarawak,’ katanya.

“Malangnya, ultra kiasu langsung tidak bersyukur. Malah, terus meneruskan mahu mencinakan dan mengkomuniskan negara ini,’ kata pensyarah itu lagi..

“PBT mesti bertindak menurunkan atau memadamkan atau tarik balik pelekat nama jalan dalam bahasa Cina itu dengan segera. Kaduk sudah naik junjung,’ katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here