Raymond Goh meninggal dunia

Kuala Lumpur, Sep 12
Pembaca berita Nightline di TV3, Raymond Goh meninggal dunia di Petaling Jaya, Selangor, pagi tadi. Dia meninggal dunia sekitar pukul 10.40 pagi hari ini.

Goh yang dikenali sebagai penyampai berita bersuara ’emas’ dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran, dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya selepas diserang angin ahmar. Goh berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar. Nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah.

Raymond memulakan kerjaya sebagai penyampai berita 7 O’clock News di peringkat permulaan TV3, dan kemudian beralih kepada siaran Nightline di stesen televisyen berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here