Baganserai, Julai-
Seorang pesawah ditemui maut apabila pisau pengait kelapa sawit menembusi bahagian belakang badannya di Parit Sulaiman.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusof, berkata dalam kejadian sekitar jam 6.58 petang mangsa dikatakan sedang membawa galah sawit untuk mengambil kelapa sawit.
Bagaimanapun, mangsa yang berusia 44 tahun menaiki motosikal dikatakan telah terbabas dan menyebabkan galah sawit yang dibawa terpelanting dan mengenai mangsa.
“Pisau berkenaan dikatakan menusuk belakang mangsa dan kejadian itu disedari dua orang awam yang melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam parit. “Petugas perubatan dan ambulans yang tiba mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan.
————————————




















