ZEE Tamil Sarigamapa juri Penyanyi Vinod Venugopal, Reshmi, Komposer Muzik Malaysia Jay,kunjungi Makkal Osai

Kuala Lumpur, Julai-

Harian Makkal Osai menganjurkan Wawancara khas tentang industri muzik, pembangunan lagu melalui siaran lansung di facebook, Tiktok secara langsung.

Juri terkenal di rancangan Tamil TV Sarigamapa, Tamil Nadu penyanyi Vinod Venugopal dan Reshmi bersama komposer muzik terkenal dan penyanyi Malaysia Jay membuat lawatan khas ke Akhbar harian Maklak Osai.

Mereka berkongsi tentang muzik, lagu, perkembangannya di kalangan belia, selok-belok menyertai pertandingan. Perbincangan ini disiarkan secara langsung di laman Facebook dan TikTok Makkal Osai dari jam 3.15 petang hingga 4.35 petang semalam.

Jay turut berkongsi pengalamannya tentang lagu ciptaan komposer. Vinod dan Reshmi berkongsi tentang cabaran peluang yang dihadapi penyanyi di Tamil Nadu, evolusinya, status sebelumnya, persekitaran semasa dan prospek masa depan.

Dalam pada itu Seorang penyanyi berbakat dan juga Pelajar istimewa Janardhanan Parthiban membuat lawatan mengejut ke program tersebut. , dia menyanyikan lagu didepan tetamu istimewa dan penonton yang menonton secara langsung. Program perbincangan itu dikendalikan oleh wartawan Makkal Osai Rameshwari Raja.

Pengarah harian Makkal Osai Datuk Gopalakrishnan memakaikan semua tetamu kehormat dengan kain sutera dan beliau turut berbincang pelbagai maklumat tentang industri musik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here