Kebakaran – Jeritan cucu selamatkan nenek!

Rantau Panjang, Julai-
“Nasib baik ada cucu berusia tujuh tahun menjerit beritahu rumah terbakar kerana saya sedang nyenyak tidur ketika kejadian berlaku,” kata Siti Fatimah Che Daud, 74.

Siti Fatimah, salah seorang pemilik rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Gual Arang, Gual Sitok, di sini, dalam kejadian jam 3.59 petang tadi.

Beliau ketika ditemui berkata, jika tiada jeritan cucunya, Muhammad Naufal Basyir Mohd Fadzil, mungkin dia menjadi mangsa atau cedera dalam insiden itu memandangkan api marak dengan sangat cepat.

“Saya terus berlari keluar sebaik mendengar jeritan Basyir dan segera menjerit memanggil abang serta adik yang berada di rumah berasingan kerana beranggapan mereka juga sedang tidur pada ketika itu.

“Kemudian, saya berlari ke kediaman anak yang tinggal berdekatan untuk meminta tolong sebelum turut rebah kerana diri sendiri juga tidak begitu sihat dan uzur.

“Tiada apa yang sempat saya selamatkan termasuk dokumen penting kerana tubuh saya menjadi lemah akibat terkejut dengan apa yang terjadi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here