Banjir: 5,063 sekolah akan jadi PPS, persediaan SPM lancar – Fadhlina

SEREMBAN 06 NOVEMBER 2017. Seramai 202 calon SPM SMK Seremban Jaya menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu pada pagi ini. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Kuala Lumpur, Nov 6.
Sebanyak 5,063 sekolah berdaftar sebagai pusat pemindahan banjir (PPS) bagi menghadapi musim tengkujuh dalam Monsun Timur Laut (MTL) hujung tahun ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia termasuklah kira-kira lapan buah sekolah yang akan dijadikan sebagai PPS kekal.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) juga menjalinkan kerjasama dengan semua agensi terlibat, malah telah menggerakkan jawatankuasa bagi menghadapi monsun tersebut.Jelasnya,meskipun sebahagian ruang sekolah tersebut dijadikan kawasan penempatan untuk mangsa banjir namun ia tidak akan mengganggu proses PdP.

Tambah beliau, persiapan itu termasuk bagi menghadapi peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 Disember depan.
“Kita bersedia. SPM pun kita akan mula pada 5 Disember ini. Kesiapsediaan itu termasuk dalam persiapan SPM,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here