Fahmi kecewa pembuli Esha didenda RM100

Kuala Lumpur, Julai-
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyuarakan rasa kecewa dengan denda RM100 dikenakan terhadap seorang wanita yang terbabit dalam kes buli siber pempengaruh TikTok, A. Rajeswary atau dikenali sebagai Esha.

“Saya kesal dengan denda yang kecil, tetapi saya difahamkan oleh Pejabat Peguam Negara bahawa hukuman dikenakan berdasarkan bukti yang diperolehi.

“Kita perlu mengkaji semula definisi buli siber, dan apakah denda yang sesuai untuknya,”

katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di KL Startup Summit 2024.

Semalam, P. Shalini dikenakan denda itu oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah kerana berkelakuan menghina dengan niat untuk menimbulkan kemarahan dan mengganggu ketenteraman.Shalini yang bekerja di rumah jagaan orang tua, dituduh membuat kenyataan menghina menerusi akaun TikTok alphaquinnsha, pada 4 pagi, 1 Julai lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here