Johor Baru, Julai-
Tiga suspek termasuk seorang wanita yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Sabtu lalu, direman empat hari.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun itu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, dua suspek lelaki tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru masing-masing yang berpakaian lokap oren dan ungu pada jam 8.45 pagi diiringi anggota polis dengan tangan bergari.
Seorang lagi suspek wanita tiba 10 minit kemudian dengan pakaian lokap oren dikawal ketat anggota polis wanita.




















