Medan selera Lembah Keramat terbakar

Kuala Lumpur, Julai-
Sebanyak lapan gerai dilaporkan musnah dalam kebakaran medan selera di Jalan AU 5 Taman Lembah Keramat, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.49 pagi sebelum menggerakkan 18 pegawai dan anggota ke lokasi.

Katanya, operasi itu membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang serta dibantu BBP Pandan dan BBP Wangsa Maju.

“Kebakaran membabitkan lapan gerai di medan selera namun tidak melibatkan mangsa,”katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here