Polis tahan pelajar Tingkatan Empat, rakan bersama ganja 10kg

Kota Bharu, Nov 7.
Polis menahan seorang pelajar Tingkatan Empat dan rakannya bersama ganja seberat 10 kilogram yang dianggarkan bernilai RM31,000 di Kampung Banggol Petaling, Pasir Mas, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata tangkapan dua suspek lelaki masing-masing berusia 16 dan 18 tahun itu dilakukan ketika mereka sedang berada dalam sebuah kereta Perodua Kancil di lokasi berkenaan pada jam 3.15 petang Ahad lalu.

Hasil semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah. Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati positif ketamin.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 12 November bagi tujuan siasatan lanjut, katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here