Bukit Mertajam, Julai-
Sebuah kilang memproses barangan pelupusan bahan kimia dan barangan kitar semula di Lengkok Perindustrian Bukit Minyak 2, Bukit Minyak di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi Isnin.
Dua buah lori dan sebuah van turut musnah dalam kejadian tersebut.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Suid@Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.55 pagi berhubung kejadian tersebut.
“Kebakaran melibatkan sebuah kilang memproses barangan pelupusan bahan kimia dan barangan kitar semula dengan anggaran keluasan 100 x 200 kaki persegi.
“Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 60 peratus. Kebakaran juga turut melibatkan dua buah lori (peratusan kemusnahan 10 peratus) dan 1 buah van dengan kemusnahan 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.


























