Satu lagi mayat mangsa bot terbalik di perairan Bachok ditemui pasukan penyelamat pada 8 pagi hari ini.
Jenazah mangsa telah tiba di Jeti Projek Pemasaran Ikan Kuala Kemasin pada 2.15 petang tadi.
Dalam kejadian semalam, seramai 20 individu termasuk tekong dan awak-awak dilaporkan keluar memancing dan mencandat sotong sekitar jam 3 petang.
Malangnya, bot kelas A TRF 641 dinaiki mereka itu telah dibadai ribut sebelum terbalik pada malam Isnin.





















