Mahkamah Tinggi putus kematian pegawai kadet tentera laut homisid

Kuala Lumpur,Julai-
Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan kematian pegawai kadet tentera laut, J.Soosaimanicckam sebagai homisid, sekali gus menolak dapatan keputusan terbuka oleh Mahkamah Koroner.

Hakim Abdul Wahab Mohamed, berkata pegawai tentera laut yang bertanggungjawab terhadap latihan kadet itu bertindak menafikan si mati daripada mendapatkan rawatan perubatan sehingga menjurus kepada punca kematian si mati.Mahkamah Tinggi putus kematian pegawai kadet tentera laut homisid“Mengambil kira semua bukti terhadap siasatan punca kematian (inkues), Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan terbuka koroner dan menggantikan dengan homisid.

“Punca kematian si mati adalah edema pulmonari yang disebabkan oleh leptospirosis (kencing tikus) dan bahawa kematian si mati yang tidak dijangka adalah akibat langsung daripada pegawai tentera laut yang bertanggungjawab untuk latihan kadet itu telah menafikan si mati daripada mendapatkan rawatan perubatan menurut Para (d) Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 2 dan mengikut Seksyen 337 Kanun Prosedur Jenayah untuk menentukan siapa yang secara jenayah terbabit dalam punca kematian,”katanya menurut Harian Metro.

Sementara itu, peguam Zaid Malek yang mewakili keluarga Soosaimanicckam, berkata keluarga mendiang bersyukur dengan keputusan itu memandangkan mereka sudah berjuang mendapatkan keadilan bagi mendiang sejak enam tahun lalu.

“Kita bersyukur dengan keputusan hari ini apabila akhirnya ada pihak yang patut dipertanggungjawabkan sebagai punca kematian si mati,”katanya.

Turut hadir ke prosiding itu bapa mendiang, S. Joseph, 71 dan abang mendiang, Charles Joseph, 38.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here