Isu kekurangan guru bahasa Cina, Tamil bersifat sementara, kata Fadhlina

Kuala Lumpur, Nov 18.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan isu kekurangan guru di sekolah Cina dan Tamil bersifat sementara yang akan diatasi.

Beliau berkata pihaknya telah berbincang dengan pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil untuk menentukan hala tuju pendidikan sepanjang tahun ini bagi memastikan kebimbangan setiap pemegang taruh ditangani dengan sewajarnya.

“Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan semakan daftar opsyen melalui proses penandaan opsyen guru opsyen Bahasa Cina di semua sekolah. “Setiap proses berkenaan unjuran guru dilaksanakan dengan teliti bersandarkan kepada data yang telah disahkan serta menerusi sesi libat urus dengan pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here