Cuaca panas makin teruk -Ambil langkah berjaga-jaga

Kuala Lumpur, Julai-
Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar berikutan negara berada dalam musim Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lalu yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.

Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar di Universiti Putra Malaysia, Dr Zulfa Hanan Ash’aari, berkata keadaan cuaca panas itu dijangka melanda hingga pertengahan September, justeru mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga melindungi diri selain meminum air secukupnya.

“Selain itu, jangan melakukan pembakaran terbuka atau membuang puntung rokok merata-rata bagi mengelakkan berlakunya pembakaran luas yang boleh menyebabkan jerebu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata semasa Monsun Barat Daya angin yang bertiup dari arah barat daya datang dari kawasan lebih sejuk yang kurang lembap berbanding dengan angin Monsun Timur Laut yang datang dari Lautan Pasifik dan Laut China Selatan yang lebih lembap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here