Chukai, Julai-
Seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dipercayai menghisap rokok elektronik atau vape di sebuah sekolah di sini, 22 Julai lalu.
Sumber berkata, pelajar lain yang menyedari keadaan mangsa memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan sekolah jam 10.30 pagi.
Berikutan itu, mangsa dibawa oleh bapanya ke sebuah klinik kesihatan berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Berikutan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada Jumaat lalu.





















