George Town, Ogos-
Ahli Parlimen yang tidak menghadiri sesi Parlimen tanpa alasan yang sah berdepan pemotongan elaun, menurut cadangan undang-undang baharu kata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.
Beliau berkata undang-undang baharu itu perlu kerana wakil rakyat harus ke Parlimen untuk menjalankan tugas masing-masing.Menurut Johari, undang-undang sedia ada memperuntukkan penggantungan bagi Ahli Parlimen yang tidak menghadiri enam sesi berturut-turut.
“Saya beri peringatan kepada semua Ahli Parlimen. Kamu dipilih untuk ke Parlimen, jadi kamu mesti hadir mesyuarat.
“Kami sedang tunggu rang undang-undang itu, yang mungkin akan dibentangkan pada hujung sesi Parlimen ketiga,”
katanya kepada pemberita ketika melawat DUN Pulau Pinang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said pada Mac memaklumkan RUU itu sudah 90% siap




















