Curi komponen RX-Z – 3 polis ditahan!

Chukai, Ogos-
Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan komponen motosikal jenis Yamaha RX-Z di stor barangan kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata suspek berusia antara 26 hingga 32 tahun.

Beliau berkata kesemua anggota terbabit ditahan selepas siasatan mendapati berlaku kehilangan komponen enjin motosikal di stor simpanan terbabit.

“Pihak kami kemudiannya menjalankan siasatan sebelum menahan kesemua suspek untuk siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here