Paris, Ogos-
Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Michelle, 61, yang juga pemenang Oscar, tidak dapat menyembunyikan rasa teruja beliau dengan berkongsi pengalaman tersebut melalui akaun Instagram miliknya.
“Penyampaian pingat Olimpik pertama saya kepada salah satu sukan kegemaran saya!! Hebat!! Tahniah kepada China dan Australia! Sangat layak,” tulisnya.
Majlis penyampaian pingat itu menjadi lebih istimewa bagi Michelle, yang telah lama menjadi penyokong aktif dalam sukan dan seni, dan kini turut memberi penghargaan kepada atlet-atlet bertaraf dunia.