Mayat ditemui di Sg Klang sah Nidza Afham

Kuala Lumpur, Ogos-
Polis mengesahkan satu mayat lelaki dewasa yang ditemukan Sungai Klang adalah penyanyi serta YouTuber Nidza Afham Mokhtar, 23, yang dilaporkan hilang.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya. “Ya. Dipercayai adalah abang penyanyi yang dilaporkan hilang semalam,”katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa berhampiran jambatan Sungai Klang di sini. Menurutnya, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

Polis sebelum itu mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa yang keluar rumah pada 7.45 malam semalam dan belum pulang sehingga kini.

Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong dipetik sebagai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi semalam, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang, menggunakan perkhidmatan pengangkutan e-panggilan ke Stadium Sultan Suleiman, Klang, untuk berjoging.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here