Kurung wanita Indonesia – 4 ‘pengutip hutang’ tak mengaku salah

Georgetown, Dis-
Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melarikan dan mengurung seorang wanita Indonesia secara salah di sebuah kondominium di Jalan Baru Perai, dekat sini pada 5 Disember hingga 7 Disember lalu.

Tertuduh, R. Narindran, 30, M. Areveen Raj 28, R. Jayruban, 25, dan Mohamad Syafiq Segnar Abdullah, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua mereka bersama-sama dengan seorang lagi suspek yang masih bebas melarikan secara paksa seorang wanita Indonesia berusia 41 tahun di tepi Jalan Kelawai yang terletak dalam Daerah Timur Laut.

Keempat-empat tertuduh didakwa dengan niat telah menyebabkan kurungan salah terhadap wanita itu dalam sebuah unit Kondominium Palma Laguna Water Park, Jalan Baru, Perai dan kesalahan tersebut dilakukan antara jam 8 malam hingga 11.45 pagi pada 5 Disember hingga 7 Disember lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here