Pemain bola sepak bawa kerambit suspek kes baling bom petrol!

Pemain bola sepak bawa kerambit suspek kes baling bom petrol!
Putrajaya, Ogos-
Pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa kerambit adalah suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota, pada Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata berdasarkan siasatan, lelaki berusia 22 tahun itu adalah orang dikehendaki berhubung kes berkenaan.

“Suspek ini ada ‘wanted’ satu kes iaitu kes baling ‘molotov cocktail’ di depan pusat hiburan, inilah orangnya.

“Kita mengenal pasti suspek berdasarkan siasatan, rakaman percakapan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pengecaman,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya di sini hari ini, pada Khamis.

Rusdi berkata, lelaki itu akan didakwa bagi kes bawa kerambit dan baling bom petrol di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here