‘Mangsa tanah jerlus dijangka hanyut ke loji IWK Pantai Dalam’

Kuala Lumpur, Ogos-
Semua sisa kumbahan dari Jalan Masjid India di sini, akan berakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam, sekali gus memberi harapan penemuan mangsa insiden tanah jerlus.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berkata beliau menerima taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta IWK.

Katanya, taklimat juga disampaikan mengenai fungsi loji Pantai 1 dan Pantai 2 yang kedua-duanya menguruskan sisa kumbahan bagi 1.8 juta warga Kuala Lumpur.

“Saya difahamkan semua sisa kumbahan akan berakhir di sini (IWK Pantai Dalam) dan tidak akan melepasi lokasi ini.”Kira-kira 0.4 juta sisa kumbahan warga Kuala Lumpur diuruskan fasaliti ini (Pantai 1), manakala 1.4 juta lagi di fasaliti Pantai 2.

Jadi memang akan berhenti di sini,” katanya ketika ditemui selepas hadir meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau dimaklumkan jarak lurang kumbahan dari Jalan Masjid India hingga ke loji IWK Pantai Dalam sejauh kira-kira tujuh kilometer.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here