Sungai Petani, Sep-
Pemandu dan tujuh penumpang sebuah bas henti-henti berdepan detik cemas apabila kenderaan yang mereka dinaiki itu terbakar di Jalan Kuala Ketil, di sini petang tadi.
Semua mereka sempat menyelamatkan diri dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Bas terbabit bagaimanapun musnah terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari balai berkenaan yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Yazid Ismail tiba di lokasi kejadian bersama 10 anggota tidak lama selepas itu.