Kuala Lumpur, Sep-
Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang yang dalam penerbangan ke Seoul, Korea Selatan, dilaporkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam tadi.
Menurut Flightradar24, penerbangan MH66 dijadualkan berlepas pada pukul 11.30 malam tetapi hanya berlepas sekitar pukul 12.01 pagi.Laman web itu menunjukkan bahawa penerbangan tersebut berpatah balik ke KLIA.
Kira-kira dua minggu lalu, penerbangan Malaysia Airlines MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Alice Springs akibat masalah enjin di udara.
Menurut SBS News Australia, MH128 berlepas dari Melbourne sekitar pukul 11.20 malam pada 19 Ogos tetapi terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs pada awal pagi berikutnya.
Tiga penerbangan Malaysia Airlines sebelum ini juga membuat pendaratan kecemasan.
Pada 4 Ogos, sebuah penerbangan Malaysia Airlines yang membawa 259 jemaah umrah menuju ke Jeddah berpatah balik ke KLIA disebabkan masalah teknikal sejurus selepas berlepas.
Pada 24 Jun, sebuah penerbangan ke Bangkok juga berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan udara.
Pada 20 Jun, sebuah penerbangan Malaysia Airlines dengan lebih daripada 100 penumpang menuju ke Kuala Lumpur membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Hyderabad, India, disebabkan masalah enjin.