Kuala Lumpur, Sep-
Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar menegur Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkait masa berurusan di kaunter yang disifatkan ‘agak lama’.
Katanya, beliau mahu agensi itu menambah baik taraf perkhidmatan dan memastikan isu melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi, ketika mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat JPJ, di Putrajaya.“Proses kerja (masa menunggu) agak lama. Justeru, saya telah mengarahkan ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan dan ketua pengarah JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu.
“Selain itu, ruang menunggu perlu ditambah baik bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan (terdapat kerosakan kerusi dan juga tiada kipas). Saya telah mengarahkan Putrajaya Holdings untuk mengambil tindakan segera dalam minggu ini,”katanya dalam catatan Facebook.





















