Tiada bandar di dunia yang dapat tandingi keindahan Putrajaya – Tun M

Kuala Lumpur, Sep-
Selepas hampir 30 tahun Putrajaya megah berdiri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bertanggungjawab dalam ‘melahirkan’ bandar pentadbiran itu, melahirkan rasa kagum dan bangga dengan pembangunan kawasan itu.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengucapkan tahniah kepada barisan pegawai yang mentadbir Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia.

Akui Dr Mahathir, tiada mana-mana bandar di dunia yang diterokanya dapat menandingi keindahan dan susunan pembangunan di Putrajaya.

“Jalannya dipenuhi dengan tanaman bunga dan pagar yang dihias cantik manakala barisan pokok rendang pula menghiasi jalan raya. “Taman pula dijaga dengan baik dengan adanya landskap. Pihak pentadbir jelas mempunyai cita rasa yang baik dengan menghargai keindahan.

“Bangunan yang berada di antara jalan (boulevard) tengah itu mengagumkan. Malah medan selera juga dibangunkan dan diselenggara dengan baik,” katanya di platform X.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here